Patut la hilang 3 hari…

LELAKI lelaki yang keluar berjoging pagi Isnin lalu, ditemui mati dalam keadaan terbaring di tebing bukit berhampiran kebun sayur dekat Jalan Tanjong Laboh, Batu Pahat, petang semalam.

Dalam kejadian 6.50 petang itu, mayat Loo Cheong Fei, 60, ditemui pekerja kebun sayur lengkap berpakaian selepas keluarganya melaporkan kehilangannya sejak tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata isteri mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas suaminya yang juga pesakit Alzheimer dan Parkinson kali terakhir dilihat keluar berjoging pada 9.30 pagi Isnin lalu dan tidak pulang ke rumah selepas itu.

Katanya, berdasarkan keterangan saksi iaitu pengawal pos di Taman Evegreen Heights, mangsa dilihat berjoging di taman perumahan berkenaan pada pagi kehilangannya, malah pemeriksaan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pos pengawal kelihatan kelibat mangsa sedang berjalan.

“Susulan kejadian itu, usaha mencari dijalankan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan dibantu orang awam.

“Pencarian dijalankan di kawasan kira-kira 10 kilometer namun mangsa gagal ditemui.

“Bagaimanapun, pada 6.50 petang tadi, seorang pekerja kebun sayur menemui mayat mangsa di tebing bukit berhampiran kebun sayur majikannya dengan mayat dalam keadaan mengiring dan lengkap berpakaian seperti sewaktu mangsa keluar,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan mangsa dipercayai terjatuh dari cerun bukit berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas anggota badan mangsa mendapati tiada kesan lebam atau luka akibat dipukul dengan objek, sebaliknya hanya terdapat kesan melecet dipercayai akibat terjatuh dari cerun bukit.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

sumber : hmetro

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *