‘Maafkan saya’

PELAKON, Izara Aishah memohon maaf kepada umum selepas gambar berpeluk dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.


Permohonan maaf Izara. IA IG
Dalam kenyataan, isteri anak tiri penyanyi penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Muhammad Adib Khalid itu turut meminta maaf kepada Dr Mahathir dan keluarga beliau selepas gambar terbabit mencetuskan kontroversi.

“Seperti kebanyakan rakyat, saya kagum setiap kali melihat YAB Tun Dr Mahathir. Beberapa hari lalu juga tiada bezanya,” katanya.

Pelakon drama Cinta Masam Manis itu mengakui tindakan memuat naik momen peribadi ketika bersama keluarga suaminya melawat Dr Mahathir melampau.

“Saya kesal ada segelintir individu memberi respon negatif terhadap posting itu. Kepada YAB Tun dan keluarga, saya meminta maaf kerana bersikap terlampau ekspresif,” katanya.

Izara turut dikecam segelintir netizen yang menuduh pelakon terbabit bersikap ‘plastik’ kerana bermesra dengan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *