Bas terbalik: 30 penumpang cedera termasuk seorang bayi

GERIK: Bas ekspres yang terbabas dan terbalik selepas merempuh bukit di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik – Jeli berhampiran Tasik Banding, di sini hari ini dinaiki 30 penumpang dan dua pemandu yang kesemuanya cedera dalam kemalangan terbabit.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, berdasarkan siasatan awal kemalangan dikatakan berlaku kira-kira jam 3 petang di Kilometer 24 JRTB di sini membabitkan bas yang dipercayai terbabas sendiri.

“Kemalangan itu membabitkan 32 mangsa termasuk dua pemandu dan seorang bayi.

“Siasatan awal mendapati bas dari arah Jeli (dari Terengganu) ke Gerik (menuju Kuala Perlis), dan apabila sampai di lokasi kemalangan, iaitu, kawasan menuruni bukit dan selekoh, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam longkang sebelum terbalik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pemandu bas mendapat cedera parah di bahagian kepala sementara pemandu kedua dan 30 penumpang masing-masing mengalami kecederaan termasuk ada yang parah.


SEBUAH bas penumpang terbalik di Kilometer 11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding. – Foto Ihsan Bomba
“Polis masih belum dapat jumlah yang mengalami cedera parah dan ringan kerana ketika pegawai penyiasat sampai, ramai mangsa sudah dihantar ke Hospital Gerik.

“Siasatan di lokasi kemalangan mendapati tempat kejadian adalah jalan menuruni bukit dari arah Jeli dan berselekoh dengan garisan berkembar pembahagi jalan,” katanya.

Ismail berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : bharian

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *