Alhamdulillah anak selamat…

PELAWAK terkenal, Johan berkongsi khabar gembira yang mana isterinya, pelakon, Ozlynn Wati selamat bersalin anak perempuan seberat 3.9 kilogram, pada 17 Jun lalu.

Loading...

Perkara itu dikongsi Johan atau Yazid Lim Mohamad Aziz, 34, menerusi Instagram miliknya semalam yang memaklumkan isteri dan anak dalam keadaan sihat.

“Maafkan kami suami isteri sebab buat semua tertanya-tanya dah bersalin ke? Alhamdulillah anak selamat dan sihat sama macam mama dia.

“Raya ketiga dia tak mahu juga keluar jadi kita terpaksa memaksa anak keluar tapi tetap secara normal,” katanya.

Menerusi status sama, Johan yang juga penyampai radio Era FM turut memuat naik video dan foto wajah puteri keduanya yang belum diberikan nama.

Video itu memaparkan Johan meletakkan anaknya yang sedang tidur di atas paha sambil bermain piano.

“Okay jangan panik tengok video tu, pastinya keselamatan diutamakan. Maklumlah sakit pun tak habis lagi.

“Kami tiada pembantu. Jadi semuanya sendiri. Bukan tidak mahu menerima kunjungan, tapi papa (Johan) bagi mama berehat dulu seminggu dua. Maklumlah nak membiasakan diri kembali dengan anak yang masih ‘fragile’. Jadi harap semua faham,” tulisnya.

Menurut Johan, semua orang boleh datang melawat apabila Ozlynn sudah bersedia dan Johan turut berpesan supaya tidak ‘menggomol’ bayi mereka.

“Insya-Allah apabila Ozlynn sudah sedia, hangpa (anda) boleh mai (datang) rumah.

“Ingat! Jangan berniat untuk ‘kenyam’ anak aku. Aku tahu ada yang dah kancing-kancing gigi tengok gambar anak aku. Selamat datang ‘baby’,” katanya.

Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq.

sumber : hmetro

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *