“Ada Few Part Tak Tahan Kena Tutup Mata,” – Bila Puteri Sarah Liyana Tetap Tonton Munafik 2 Walaupun Mengandung Sebab…

Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengakui dia merupakan antara mereka yang teruja untuk menonton filem Munafik 2 di pawagam.

https://www.instagram.com/p/Bl9ioHgHfrO/?utm_source=ig_embed

Katanya, suaminya sendiri yang juga merupakan pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof sudah memberikan amaran kepadanya namun dek kerana terlalu teruja dia berdegil untuk menontonnya.

“Ramai DM sarah tanye boleh ke wanita mengandung watch it ? Well, terpulang pada diri masing-masing and korang boleh take it ke tak. R u strong enough??

“Husband mmg dah warning awal2, xbagi kita tengok tapi kita tetap nak watch. So I did watched it and ada a few parts yg tak tahan i tutup mata hihihihi . Takotlah pape nanti!.

“So if preggy mommies wanna watch it and enjoy it boleh takde masalah cuma if pape…. pandai- pandailah ye. happy watching,” tulisnya di Instagram.

https://www.instagram.com/p/BnDODE3HX5B/?utm_source=ig_embed

Susulan itu, ramai wanita mengandung lain yang pernah menonton Munafik 1 dan Munafik 2 memberi pendapat dan pandangan masing-masing.

Apa-apapun,difahamkan bahawa ramai yang memberikan respon positif filem dan yang paling penting, mesej sampai.

Pelakon tersebut turut memberitahu, dia teruja untuk menonton, apatah lagi ia merupakan hasil kerjaya yang paling dinantikannya.

“Memang nak tonton sebab suami pun memang beri fokus lebih terhadap filem ini, bimbang andai ia tak boleh capai setanding filem sebelumnya.

“Alhamdulillah, dari media dan penonton terawal mereka berikan reaksi positif. Saya turut terharu,” katanya kepada MH.

Puteri Sarah turut hadir pada malam gala tayangan filem berkenaan pada Isnin lalu di MMCineplex, Damansara sebagai tanda sokongan terhadap suami.

https://www.instagram.com/p/BnDaUGIH9ns/?utm_source=ig_embed

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, memasuki usia kandungan 3 bulan, dia kerap mengalami sakit kepala yang agak teruk. Kerana gejala tersebut sedikit sebanyak menganggu urusan hariannya sebagai isteri dan ibu.

“Selalu wanita hamil mengalami alahan muntah-muntah, tapi saya tak ada simptom itu cuma mengalami sakit kepala yang agak teruk.

“Sampaikan saya rasa nak botakkan rambut dan hentak kepala ke dinding kerana tak tahan sakit tersebut.

“Selalu wanita hamil mengalami alahan muntah-muntah, tapi saya tak ada simptom itu cuma mengalami sakit kepala yang agak teruk.

Foto/Instagram: Puteri Sarah Liyana

Kredit: MH

Sumber : gengjoyah.com

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *