[VIDEO] “Mantap & Menggoda,”- Niat Promosi Bekung, Tapi Lain Jadinya Dengan Video Intan Najuwa!

Pelakon Intan Najuwa telah memuat naik video di akaun Instagram menerusi sebuah posting terbaru.

Loading...

Video tersebut memaparkan dia ingin mempromosikan bekung khas untuk mendapatkan bentuk badan ideal.

Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila mata netizen tertumpu kepada arah pinggul pelakon berkenaan.

ya yang berjalan lenggang-lenggok, ada netizen nakal yang seolah-olah menyifatkan apa yang dilihat mereka seperti menggoda.

https://www.instagram.com/p/Bq7JSWbgaKN/?utm_source=ig_embed&utm_medium=loading

Video tersebut melihatkan Intan dengan aksinya yang berjalan ala ‘cat walk’ di sebuah gim.

Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap aksi pelakon kecil molek itu.

Terdahulu, Intan pernah mencetuskan sensasi gara-gara tidak tahu mengisi minyak petrol kerana ketiadaan pembantunya peribadinya.

Intan mendakwa hidupnya ‘huru-hara’ apabila pembantu peribadinya bercuti sehinggakan banyak rutin harian jadi kelam-kabut termasuk mengisi petrol untuk kenderaan.

“Hari ini hidup saya sangat huru-hara. Saya nak isi minyak (kereta) pun tak tahu macam mana… Teruknya hidup ya Allah,” katanya melalui IG Story.

Meski ia sudah pun dipadam, namun video tersebut sudah pun menjadi tular di media sosial.

Luahan Intan pantas menarik perhatian netizen malah dikongsi ramai pengikut. Ada yang menganggap pelakon itu lucu dan tidak kurang juga yang mengkritik dirinya mengada-ngada.

Malah, netizen mencadangkan pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu membuat pencarian di Google mengenai cara-cara mengisi minyak.

“Buka YouTube… Cari ‘cara isi minyak full tank’. Sekarang semua maklumat ada di hujung jari,” kata salah seorang netizen melalui komennya.

Namun, tidak kurang juga menyifatkan Intan terlalu manja dan sepatutnya, gadis matang sepertinya tahu melakukan perkara mudah seperti mengisi minyak kereta.

Video: Instagram Intan Najuwa

kredit: MH

Sumber : gengjoyah.com

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*