“Tukar Perempuan Macam Tukar Baju” – Ini Komen Safawi Rashid

Pemain Harimau Malaya, Safawi Rashid berharap agar orang ramai dapat berhenti daripada mengungkit kisah percintaannya dengan beberapa orang selebriti wanita tanah air sebelum ini.

Loading...

Menerusi entri di Twitter, Safawi menjawab dakwaan apabila ada pihak mendakwa dia merupakan seorang lelaki yang sering bertukar teman wanita seperti menukar baju.

“Yang lama jangan diungkit. Thank you boskur,” tulisnya ringkas.

https://t.co/Hjfg0L1jU7

Menerusi ruangan komen rata-rata berharap agar Safawi tidak mempedulikan komen yang diberikan oleh orang ramai sebaliknya fokus pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki.

Sebelum ini Safawi pernah digosipkan bercinta bersama Wani Kayrie, Sweet Qismina, Anim Ezati dan Ruhainies.

Dalam kempen Piala AFF Suzuki untuk separuh akhir pertama, Malaysia sekadar mencatat keputusan seri 0-0 dengan Thailand selaku naib juara Kumpulan A pada 1 Disember lalu di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sementara itu, perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Thailand pada 5 Disember ini dimana Malaysia harus memenangi pelawan tersebut untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

sumber: Astro gempak

Sumber : gengjoyah.com

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*