Seorang Lelaki Mengadu Sakit Perut Luar Biasa Setelah Dibedah Apa Yang Doktor Keluarkan Dari Perut Lelaki Itu Sungguh Mengejutkan

SHANGHAI – Minggu lalu, seorang lelaki bernama Zhou Hai, 22, datang ke sebuah hospital di Shanghai mengadu rasa sakit luar biasa di perutnya.

Loading...

Doktor yang memeriksa lelaki itu mengatakan memang melihat perut lelaki itu sangat besar sehingga ada saksi mengatakan perutnya kelihatan seperti seorang wanita yang sedang hamil.

Doktor juga mengatakan, Zhou Hai kelihatan mengalami masalah untuk bernafas dan tidak henti-henti mengerang kesakitan.

Menurut Zhou kepada doktor, rasa sakit di perutnya mula terasa tiga hari lalu, perutnya jadi bertambah besar dan kini dia tidak berupaya menahan sakit lagi.

Setelah melakukan pemeriksaan, doktor menyatakan Zhou menderita penyakit yang dipanggil megacolon, di mana usus besar seseorang menjadi lebar sehingga mengakibatkan pergerakan usus terhenti.

Doktor turut dimaklumkan bahawa Zhou menderita sembelit atau sukar buang air besar sejak kecil sehingga seumur hidup dan Zhou sangat bergantung kepada ubat pelawas.

Kedua-dua ibu bapa Zhou tidak menganggap masalah ini serius hingga menjadi masalah besar ketika lelaki itu dewasa.

Doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan dan selepas tiga jam pembedahan mereka berjaya menyelamatkan nyawa Zhou.

Doktor terpaksa memotong usus besar Zhou sepanjang 76 sentimeter. Dan di dalam perut itu terdapat seberat 13 kilogram najis, jadi tidak hairan mengapa Zhou mengalami rasa sakit yang luar biasa.

Doktor mengatakan penyakit yang dialami Zhou sejak lahir ini disebut sebagai hirschprung yang berlaku apabila hilangnya saraf di usus besar yang membuat organ itu gagal mengecut dengan normal. Hasilnya, najis yang ada di dalam usus tak boleh dikeluarkan secara semula jadi.

Sumber:mediahangat.com

Kisah seterusnya

Berat Hendak Saya Kongsikan Hal Ini. Namun Demi Semua Wanita Yang Dikasihi, Saya Gagahkan Mencatatkannya.
Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan mencatat. Ini adalah hal antara hidup dan mati.

Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan mencatatkannya.

Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan mencatatkannya.

Gambar Pesakit Luar Negara

Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Ditakdirkan mereka telah diduga serangan kanser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak.Satu hal penting perlu dicatat – mereka juga tidak culas membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali.Daripada enam sahabat saya ini, dua orang sedang berjuang, mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu daripada kita yang bakal menyusuli mereka.Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. Mengapa?

Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah stres bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran.Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak.Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan.Kerap membuat pemeriksaan ulangan setiap enam bulan atau setahun sekali, bukan boleh dipercayai seratus peratus.Kanser boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4!

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah.Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stres isteri.Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak.Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh.Stres adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kenser akan bangkit bermaharajalela!

Terima kasih Drzubaidi HjAhmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita kanser pada usia muda.

Sumber ohgebang via kumbangterbalik.com

Sumber : kakibawang.com

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*