‘Baru bius dah meraung’

KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Datin Diana Danielle berkongsi keberanian putera sulung yang berusia lima tahun, Muhammad menjalani proses berkhatan, baru-baru ini.

Loading...

Menceritakan ragam anaknya itu, isteri Datuk Farid Kamil itu memberitahu, Muhammad meminta dirinya disunatkan selepas tercabar melihat sepupu lain seusianya, melalui prosedur itu.

“Saya tidak paksa atau suruh tetapi dia sendiri yang beritahu, mahu bersunat. Mungkin Muhammad rasa tercabar dan tidak mahu ketinggalan. Ini kerana kebanyakan sepupu lelakinya sudah berkhatan.

“Lucunya lepas dibius, dia terus meraung dan menyesal. Ini kerana tiada sesiapa beritahu proses bersunat menyakitkan,” katanya kepada BH Online.

Mendirikan rumah tangga pada 2012, Diana dan Farid dikurniakan dua anak iaitu Muhammad yang dipanggil ‘Che Mad’ dan Nur Aurora yang berusia tiga tahun.

Diana yang baru melancarkan single berjudul Infiniti hasil kerjasama dengan penyanyi Singapura, Reyza dan NeonSoul memberitahu, suaminya menjaga dan mengawal pemakanan Muhammad bagi memastikan lukanya cepat sembuh.

“Ada yang bertanya kenapa kami membawa Muhammad bersunat di Seremban, Negeri Sembilan. Sebenarnya itu adalah klinik milik adik Farid.

“Selain menyokong keluarga, debaran Muhammad juga berkurangan. Ini kerana proses itu dikendalikan bapa saudaranya sendiri,” katanya.

Mengenai dunia lakonan, Diana bakal menjayakan penggambaran drama Raisya 3. Drama Raisya 2 mula disiarkan TV3 mulai lusa.

sumber: BH

Sumber : gengjoyah.com

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*